Thursday, 30 June 2011

HOW TO APPLY FOUNDATION

BRUSH KESAYANGAN

Setiap kali aku pergi make up,setiap kali lah aku akan pastikan berus ini akan sentiasa ada dlm make up box.klu tertinggal atau salah letak,mulalah mengelupur,meroyan,naik hangin.semua ada.maklumlah berus yang paling aku sayang.


Bercerita tentang berus ni,bukan sekadar nama ,brand nya yg glamour.Tapi ianya amat lah bagus( x caya beli lah).Cara penggunaan yang betul,menampakkan hasil yang amat memukau.Kesan akhir "blending" kemas dan cantik.x mahal murah jer..harga dlm anggaran rm 150++ sebatang.

SAYA HANYA MEMBANTU MENYERLAHKAN KECANTIKAN

"Saya bukan ahli sihir,doktor pakar bedah untuk membuat anda cantik tiba tiba.Saya hanyalah jurusolek yang mmpu membantu menyerlahkan kecantikan wajah semulajadi anda.Dengan sedikit teknik,produk yang bagus dan juga kemahiran yang ada,insyaallah termakbul lah impian anda.Yang paling penting hati yang bersih dr dlm hati anda juga membantu untuk menampakkan anda cantik.keyakinan diri juga perlu untuk carry solekan saya untuk nampak selalu cantik.

AKU CINTAKAN KERJAYA INI

Sebelum ini patutlah susah aku nk dpt kerja.klu dpt pun memang bukan pilihan dihati.Itu memang ada rahmatnya.Tuhan dah bg aku petunjuk.tp masa tu aku tak nampak lagi.Pada suatu masa aku mula sedar memang ini adalah takdir hidup aku.
Kerja sebegini memang dah jadi sebati dlm hidup.tugas untuk membuat org menjadi cantik.aku memang sukakan org yg selalu nampak cantik.apatah lagi untuk membuat mereka nampak cantik.sbb tu memang satu kepuasan dlm hidup.Biar pun dulu kerjaya ini terhalang oleh keluarga.tp aku tekad untuk buktikan pada mereka.AKU SANGAT CINTAKAN KERJAYA INI.

TUAH NYA NAMA "READZUL"

Setelah dua tahun bkerja sebagai budak kopi.aku mula rasa aku perlu tekad untuk merubah nasib hidup.Setalah aku dan bersama rakan kongsi ku readzuan berbincang tentang hala tuju kami dlm perniagaan.maka gabungan nama READZUL itu terjadi.Dengan hanya bermodal kan rm1000 kami mula membeli fabric untuk dijadikan busana pertama kami.dengan cara itu ,ia menjadikan perbakar semangat untuk kami terus meneruskan minat dlm bidang perancang perkahwinan.umpama menerbangkan pesawat,mesti ada dua pengemudi.klu tak terumbang ambing lah.kami memang saling bantu membantu sama lain.pertegkaran itu adalah lumrah biasa.yang penting macam mana kita menyelesaikannya.alhamdulillah.sehingga kini READZUL mula melangkah untukberjaya.insyaallah.

BERHIJRAH KE KUALA LUMPUR( bermula sbgai budak kopi)

Orang kata kalau kita nk berjaya,kita tak boleh nk duduk dan tetap berada dlm takuk yang lama.Aku bertekad untuk berhijrah ke kuala lumpur.mungkin dengan cara ini aku lebih rajin untuk berdikari dengan kaki sendiri.Aku sehelai sepinggang dengan berbekal kan kereta kancil kesayangan ku.sebelum ni aku memang mengangur selama setahun.bnyak tempat yg aku pergi.tapi semua nya hanya dengan jawapan tunggu panggilan.Allah tu maha berkuasa.nasiblah aku mempunyai sahabat atau rakan yg selalu membantuku dlm masa susah atau senang.Dia lah yg rekomen kan aku kerja Di Coffe Bean.dari situlah aku bermula dengan kehidupan baru,kawan baru,pengalaman yg baru.tp dlm masa yang sama aku juga masih menyolek pengantin di hujung minggu.nasib baik outlet ku dulu aku hanya kerja dari isnin smpai jumaat.so sabtu ahad aku masih boleh make up pengantin.Dapat lah sikit sikit untuk tampung duit sewa rumah.dan duit makan aku.

Tuesday, 28 June 2011

TERIMA UPAH RM50

Bercerita tentang upah,dulunya bila aku diupah untuk solekan atau mengandam pengantin untuk sehari,lengkap dengan memakaikan pakaian,persalinan dn menunggu sehingga habis majlis.Aku pernah di beri upah sebanyak RM50 shj.Tp aku terimanya dengan hati yang terbuka."mak kata,apa yang org bagi,terima seadanya.mungkin itu je rezeki kita.Jangan mengeluh.bila mengeluh kita akan menjadi seorang yang sombong".Aku sentiasa ingat pesan tu.Tp pada masa tu tahun 1995.Berbeza dengan zaman sekarang.Taraf ekonomi kita dah berubah.produk yg digunakan juga dah berubah.Kalau ada lagilah upah macam tu pada masa sekrang aku rasa.emmmm.makan pasir ler.ihihiihhi

GINCU MERAH, BEDAK YARD LEY..haruss ada

Time dulu dulu.x lah sepemes skunk ni.dulu dulu klu dah ada make up SARIAYU tu dah kira grand la.termasuk lah aku.lipstik merah harus ada.klu tak der makcik makcik bising.coz dulu gincu merah fofular tau.klu pakai gincu warna lain harus kena carutss.lagi satu klu nk p ngandam dulu bedak yard ley harus la ada.klu tak bedak tak cantik..so tu lah yg aku guna dulu.( ikut cikgu cakap la) tp memang betul,hasilnya amatlah memuaskan. masa tu 1985 la..skunk ni klu guna.harusla kena carutss.lagik satu hairspray ELIZABETH ok..harus ada.nk buat sanggul senang.ni pun dah kira vass..dulu dulu lah.

cuti sekolah menengah,ikut ikut pak andam ( free knowlwdge sape tk nak)

Masa aku form 3 dulu,time cyti skolah itme tu lah byak orang kawin.Aku selalu ikut sorang pak andam tu namanya ONN DArwan.orang lama tu." asalnya dulu aku leh kenal pakcik ni.masa tu sedara aku kawin.kengkawan aku yg lain sibuk jadi penanggah,aku sibuk plak kat bilik pengantin.memang lah.ilmu free.saper yg tak nk tengok.dr situ lah aku memupuk minat aku dlm seni solekan ni.sikit demi sikit aku belajar darinya.dia pun bukan calang calang orang.dia pun belajar dr indonesia.masa tu seingat aku dlm tahun 1989 kot.time tu memang glamour dia.saper tak kenal make paling cantik kat klang tu.so klu time cuti skolah jer.memang aku ikut jer dia.lama lama aku dah boleh make up sikit sikit.mula dengan make up bertunang. x kisah lah barang tak lengkap pun.aku pinjam mak up mak aku jer..:)

Main pengantin pengantin



Dulu masa 1986 lepas je balik dari skolah.sibuk lah aku mencari kawan kawan baik ku.Uyin,mamat,kakak.3 orang tu dah cukuplah main pantin pantin.yang aku jadi pak andam lah.walau pun dulu kecik kecik tak der kelangkapan yg lengkap.apa yg ada depan mata pun boleh jadi aksesori kawin kawin.contohnya sanggul goyang.tak dpt yang betul, dpt bunga bunga telor yg g orang kawin tu pun boleh jadi sanggul.janji goyang.apa lagik aku pun keluarkan lah alat make up mak aku.gincu merah,bedak yardley..( aku masih ingat lagik kod dia "sunglow 7") kannn.bedak nyonya pun ada.janji nmpak putih.walau pun kawan ku sorang tu hitam lebam.x kisah...." along balik,ngaji lah.ko sibuk nk main pantin pantin tu naper" jerit nenek kesayangan aku.ihihih.

Wednesday, 22 June 2011

KISAH SI ANAK KECIL


Aku dilahirkan pada bulan april.bulan berzodiak aries.yg cenderung kepada hal hal kesenian,kecantikan, suka dengan alam semulajadi,tekstur,dan hal hal yg melibatkan.sejak kecil lagi aku telah didedahkan dengan hal hal yg melibatkan kekemasan.kebersihan.segala galanya perlu dlm keadaan kemas dlm hidupku.terutama bilik make up ibuku.aku sering membelek alat solek kepunyaan ibuku.sesekali kena rotan juga.