Monday, 4 July 2011

WARNA ITU INDAH..

Bercerita tentang warna pulak,warna tu memberi kesan paling dramatik pada seseorang klau ia nya dipilih dengan tepat dan sesuai.Bagi aku warna tu menjadi inspirasi untuk berkarya.aku tak lah pandai sngat.tapi bg aku klu kita takut bermain warna,ianya seperti kita takut untuk berkarya.hihhi

Thursday, 30 June 2011

HOW TO APPLY FOUNDATION

BRUSH KESAYANGAN

Setiap kali aku pergi make up,setiap kali lah aku akan pastikan berus ini akan sentiasa ada dlm make up box.klu tertinggal atau salah letak,mulalah mengelupur,meroyan,naik hangin.semua ada.maklumlah berus yang paling aku sayang.


Bercerita tentang berus ni,bukan sekadar nama ,brand nya yg glamour.Tapi ianya amat lah bagus( x caya beli lah).Cara penggunaan yang betul,menampakkan hasil yang amat memukau.Kesan akhir "blending" kemas dan cantik.x mahal murah jer..harga dlm anggaran rm 150++ sebatang.

SAYA HANYA MEMBANTU MENYERLAHKAN KECANTIKAN

"Saya bukan ahli sihir,doktor pakar bedah untuk membuat anda cantik tiba tiba.Saya hanyalah jurusolek yang mmpu membantu menyerlahkan kecantikan wajah semulajadi anda.Dengan sedikit teknik,produk yang bagus dan juga kemahiran yang ada,insyaallah termakbul lah impian anda.Yang paling penting hati yang bersih dr dlm hati anda juga membantu untuk menampakkan anda cantik.keyakinan diri juga perlu untuk carry solekan saya untuk nampak selalu cantik.

AKU CINTAKAN KERJAYA INI

Sebelum ini patutlah susah aku nk dpt kerja.klu dpt pun memang bukan pilihan dihati.Itu memang ada rahmatnya.Tuhan dah bg aku petunjuk.tp masa tu aku tak nampak lagi.Pada suatu masa aku mula sedar memang ini adalah takdir hidup aku.
Kerja sebegini memang dah jadi sebati dlm hidup.tugas untuk membuat org menjadi cantik.aku memang sukakan org yg selalu nampak cantik.apatah lagi untuk membuat mereka nampak cantik.sbb tu memang satu kepuasan dlm hidup.Biar pun dulu kerjaya ini terhalang oleh keluarga.tp aku tekad untuk buktikan pada mereka.AKU SANGAT CINTAKAN KERJAYA INI.

TUAH NYA NAMA "READZUL"

Setelah dua tahun bkerja sebagai budak kopi.aku mula rasa aku perlu tekad untuk merubah nasib hidup.Setalah aku dan bersama rakan kongsi ku readzuan berbincang tentang hala tuju kami dlm perniagaan.maka gabungan nama READZUL itu terjadi.Dengan hanya bermodal kan rm1000 kami mula membeli fabric untuk dijadikan busana pertama kami.dengan cara itu ,ia menjadikan perbakar semangat untuk kami terus meneruskan minat dlm bidang perancang perkahwinan.umpama menerbangkan pesawat,mesti ada dua pengemudi.klu tak terumbang ambing lah.kami memang saling bantu membantu sama lain.pertegkaran itu adalah lumrah biasa.yang penting macam mana kita menyelesaikannya.alhamdulillah.sehingga kini READZUL mula melangkah untukberjaya.insyaallah.

BERHIJRAH KE KUALA LUMPUR( bermula sbgai budak kopi)

Orang kata kalau kita nk berjaya,kita tak boleh nk duduk dan tetap berada dlm takuk yang lama.Aku bertekad untuk berhijrah ke kuala lumpur.mungkin dengan cara ini aku lebih rajin untuk berdikari dengan kaki sendiri.Aku sehelai sepinggang dengan berbekal kan kereta kancil kesayangan ku.sebelum ni aku memang mengangur selama setahun.bnyak tempat yg aku pergi.tapi semua nya hanya dengan jawapan tunggu panggilan.Allah tu maha berkuasa.nasiblah aku mempunyai sahabat atau rakan yg selalu membantuku dlm masa susah atau senang.Dia lah yg rekomen kan aku kerja Di Coffe Bean.dari situlah aku bermula dengan kehidupan baru,kawan baru,pengalaman yg baru.tp dlm masa yang sama aku juga masih menyolek pengantin di hujung minggu.nasib baik outlet ku dulu aku hanya kerja dari isnin smpai jumaat.so sabtu ahad aku masih boleh make up pengantin.Dapat lah sikit sikit untuk tampung duit sewa rumah.dan duit makan aku.